Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Sekapur Sirih,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri terus meningkatkan usaha sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi menguruskan aduan dengan lebih cekap dan berkesan melalui inisiatif mengguna pakai Sistem Pengurusan Aduan Awam Bersepadu (SiSPAA).
Sistem ini diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan aduan di Kementerian ini selaras dengan perkembangan dunia ICT pada masa kini yang semakin meluas dan keterbukaan pada saluran komunikasi yang lebih mudah dan pantas.
Pihak Kementerian berharap agar orang awam akan menggunakan ruang ini sebagai salah satu platform yang dapat mendekatkan rakyat dan Kerajaan selaras dengan memenuhi matlamat negara.